Bina Rumah atas Tanah Sendiri

Kepada yang memiliki tanah sendiri dan rancang untuk bina rumah atas tanah tersebut, pelbagai kelebihan memihak kepada anda. Sebelum kami kongsi 6 perkara wajib ini, jom kita lihat apa kelebihan bina rumah atas tanah sendiri.
Kelebihan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri
6 Syarat Penting Wajib Anda Semak Sebelum Membina Rumah Atas Tanah Sendiri.
x
1. Kos pembinaan dikawal oleh anda sendiri atau bergantung kepada kemampuan.
Kelebihan utama bina rumah atas tanah sendiri ialah anda boleh menentukan reka bentuk rumah mengikut kemampuan kewangan anda. Anda boleh pilih untuk menbina lot banglo, semi D dan sebagainya. Ada juga sesetengah kontaktor akan bagi cadangan rumah yang paling sesuai dengan bajet anda.
2. Kos pembinaan rumah juga lebih murah berbanding kos beli rumah.
Sudah semestinya, kos bina rumah sendiri jauh lebih murah jika dibandingkan beli rumah dari pemaju. Sebagai contoh harga sebuah rumah banglo boleh mencecah jutaan ringgit berbanding dengan membina kos hanya beratus ribu ringgit untuk Lot banglo.
3. Bebas memilih konsep yang anda inginkan.
Pemilihan konsep rumah merupakan satu lagi kelebihan yang tiada pada rumah yang dibeli dari pemaju. Anda boleh menentukan design dan konsep rumah yang anda impikan sebagai kediaman anda.
4. Menambah aset kekal diatas tanah sendiri.
Ini merupakan kelebihan yang jelas apabila bina rumah atas tanah sendiri. Melalui sudut pandangan ekonomi anda telah menambah aset kekal. Kerana harga tanah dan harga rumah semakin meningkat hari demi hari.
1.Pastikan GERAN TANAH atas nama anda sendiri.
Anda perlu ada bukti hitam putih bahawa tanah itu milik anda. Sebagai contoh, ” semasa arwah nenek anda masih hidup dia ada menyatakan bahawa sekiranya dia meninggal, andalah tuan tanah itu namun sekiranya tiada bukti dokumen, tanah itu bukanlah milik anda dan anda tidak boleh sama sekali membina rumah di atas tanah tersebut.”
2. STATUS TANAH atau syarat tanah perlulah berstatus kediaman.
Status tanah juga perkara penting yang perlu anda pastikan terlebih dahulu. Jika tanah itu merupakan tanah pertanian atau lain-lain, anda perlu tukar status tanah tersebut terlebih dahulu supaya urusan membina rumah berjalan lancar.
3. KELUASAN TANAH yang sesuai.
Perkara ini kadang-kadang terlepas pandang. Namun tahukah anda syarat wajib untuk bina rumah atas tanah sendiri termasuk pastikan tanah tersebut berkeluasan melebihi 450 mp. Jika kurang daripada keluasan ini, kita tidak boleh membina rumah di atas tanah tersebut.
4.Pastikan tanah tersebut tiada SEKATAN.
Sebagai pemilik tanah, anda kena semak tanah terlebih dahulu sebelum buat keputusan untuk bina rumah atas tanah tersebut. Sekiranya tanah tersebut mempunyai sebarang sekatan seperti sekatan kaveat dan sebagainya rumah yang dibina tidak sah disisi undang-undang.
5.BATU SEMPADAN.
Semak dengan pihak yang berwajib mengenai sempadan tanah anda. Kita tidak boleh bina rumah sembarangan tanpa tahu sempadan tanah kita. Pastikan dulu rumah anda berada dalam lot anda sahaja. Sekiranya anda kurang pasti atau masih tidak tahu, anda perlu memanggil jurukur untuk mengukur semula sempadan tanah anda.
6.TANAH KOSONG
Anda perlu elakkan bina rumah di tanah yang masih belum dikosongkan kerana ia pastinya akan meningkatkan kos pembinaan.Ini kerana tanah tersebut perlu di kosongkan terlebih dahulu sebelum projek pembinaan rumah dijalankan.


Jika semua perkara/syarat di atas telah lengkap, anda kini boleh merangka tindakan seterusnya. Contohnya, cari kontraktor yang menawarkan pakej bina rumah atas tanah sendiri yang berpatutan, pilih design rumah yang diidamkan, atau membuat permohonan pinjaman perumahan dari bank.

No comments:

Post a Comment